Susunan: : Irfan Hashim
Pena Pengasas Olive House: Ustaz Aidil Azwal Zainuddin
Olive House Resources merupakan perniagaan yang mengenengahkan
perjuangan "Makanan Sunnah Makanan Fitrah".Seterusnya membawa
masyarakat melihat kehebatan makanan-makanan yang dinyatakan di dalam Al Quran
seterusnya mendorong manusia melihat kebenaran Rasulullah s.a.w.
Kitab Allah dan akhirnya mengakui juga menerima kebenaran
Islam.Perniagaan Olive House diterajui oleh Ust Aidil Azwal bin Zainuddin.
Ilmuan muda lepasan Universiti Al
Azhar di dalam jurusan Syariah Islamiah berasal dari Alor Setar Kedah.Pernah
menyambung MA di dalam bidang Usul Feqah dan Ekonomi Islam di Universiti Al
Azhar dan Zamalik,Mesir.
Produk yang dipasarkan adalah
berpaksikan 5 makanan yang disebut di dalam Al Quran(Quranic Foods) iaitu
Zaitun, Teen, Delima, Anggur dan Kurma. Antara produk yang telah berada di
pasaran adalah Pati Minyak Zaitun dari Syria,Pati Minyak Zaitun dari Turki dan
bakal berada di pasaran ialah Pati Minyak Zaitun dari Morocco yang diakui
mempunyai 30 kali ganda kandungan pholipenol.
Juga antara produk yang telah
dipasarkan adalah Sari Cuka Buah Teen.Olive House juga akan memasarkan dalam
masa terdekat, buah teen separuh segar,pati delima,sabun muka dan badan dari
minyak zaitun campuran madu lebah dan lain-lain lagi.
Perniagaan OHR dinaungi oleh
Profesor Dr Muhammad Faid,saintis Islam dan pakar nutrisi yang amat dikenali
berasal dari negara Morocco dan amat dihormati di kalangan tokoh nutrisi.
Beliau merupakan penasihat kepada
perniagaan Olive House dan banyak memberikan bimbingan dan tip-tip pengamalan
makanan sunnah yang sebenar.
Perniagaan Olive House Resources merupakan perniagaan
bersistemkan Single Level Marketing ataupun peruncitan.Kami tidak bergerak
untuk mendapatkan seramai mungkin individu untuk menjadi agen @ wakil
perniagaan kami.
Namun kami hanya memilih
individu- individu yang berminat menjadi usahawan dan wakil perniagaan kami
yang bersedia dibimbing untuk menjadi usahawan terbaik.Kami hanya menetapkan
bilangan yang terhad dan jumlah tertentu untuk menjadi wakil perniagaan ini
bagi setiap negeri.
Tiada istilah ahli dalam
perniagaan OHR.Yang ada adalah agen dan wakil perniagaan OHR yang berpeluang
menerima berbagai keistimewaan dan tawaran-tawaran hebat dari pihak
syarikat.Buat masa sekarang jumlah agen di negeri Kedah,Perlis dan Pulau Pinang
sudah hampir mencapai sasaran dengan taburan agen yang agak seimbang di seluruh
kawasan.Namun kami masih membuka peluang yang luas bagi tuan puan yang berminat
di negeri-negeri lain seluruh Malaysia.
Olive House menyediakan
latihan-latihan secara berkala dan terancang bagi membangunkan semua agen-agen
yang telah didaftarkan secara rasmi. Penekanan kami adalah kejujuran dan
kebenaran dimana semua agen dilatih agar berbicara dan menyampaikan maklumat
dengan tepat dan fakta yang benar bukan semata-mata gimik perniagaan.
Antara program-program yang
dijalankan adalah
Seminar Asas Usahawan(asas
pengenalan perniagaan dan pengetahuan produk)
-Program PASAK Pembangunan
Usahawan(menjana kemahiran dan keilmuan usahawan yang lebih mendalam)
-Program Integrasi
Ilmu(pendedahan ilmu sains kesihatan yang dikendalikan oleh konsultan sains
kesihatan Dr Hafizah dan Dr Salman)
-Program Pembangunan
Profesionalisme Usahawan(pengkhususan kepada pengurusan perniagaan dari sudut
kewangan dan seumpamnaya)
-Program Persijilan bersama
Akademi Islam Universiti Malaya (Dikendalikan oleh beberapa orang profesor yang
berautoriti) Seminar perawatan dan diagnos yg di MOUkan bersama Ust Kathur
Suhardi,ulama bekam terkenal dari Indonesia (Diadakan secara berkala dan modul
yang tersusun)
Agen-agen juga berpeluang menerima insentif-insentif menarik berupa pakej
pelancongan yang disediakan bagi mereka yang mencapai tahap jualan yang
ditetapkan seperti pakej pelancongan ke Turki,Korea Selatan,China dan
Indonesia.
No comments:
Post a Comment